DIRECT TRANSFER VS DOUBLE TRANSFER

 


APA ITU PROSES ‘DIRECT TRANSFER’

  • Proses ‘Direct Transfer’ ialah situasi dimana pemaju BERSETUJU dan memberi kebenaran kepada Penjual untuk melakukan proses jual beli (dengan syarat-syarat tertentu).
  • Pemaju juga telah bersetuju untuk menandatangani Borang Pindahmilik 14A atau borang ‘Memorandum of Transfer’ (MOT) secara terus ke atas nama pembeli.
  • Dalam erti kata lain, Penjual tidak perlu membuat proses pindahmilik antara dirinya dengan pemaju terlebih dahulu (boleh ‘bypass’ proses tersebut) dan hartanah tadi akan terus dipindahmilik kepada nama pembeli.

APA ITU PROSES ‘DOUBLE TRANSFER’

  • Proses ‘Double Transfer’ ini perlu dilakukan oleh peguam hartanah sekiranya pemaju TIDAK BERSETUJU untuk memindahmilik hartanah tersebut secara terus kepada pembeli yang baru.
  • Proses ini memerlukan 2 kali pindahan iaitu Pindahmilik Pertama ‘1st Transfer’ untuk pindahmilik di antara Pemaju dengan Penjual/Pemilik Pertama dan Pindahmilik Kedua ‘2nd Transfer’ untuk pindahmilik di antara Penjual/Pemilik Pertama dengan Pembeli.
  • Proses Double Transfer ini memakan masa yang agak panjang dibandingkan dengan proses ‘Direct Transfer’. Ianya mungkin mengambil masa diantara 3 hingga 4 bulan sekiranya hartanah tersebut adalah jenis ‘Freehold’. Jika hartanah tersebut adalah jenis ‘Leasehold’, ianya mungkin mengambil masa lebih lama iaitu diantara 8 hingga 9 bulan kerana perlu mendapatkan kebenaran (consent) daripada Pejabat Tanah terlebih dahulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ariffin Perunding Hartanah Proffesional